Thursday, 11 July 2013

Ragam Si Manja pada Puasa ke-3

Sekejap je dah 3 hari berpuasa kan!. Bila bekerja tak rasa sangat berpuasa sebab sibuk buat keje tapi kalau duduk rumah terasa lamanya nak waktu berbuka, asyik tengok jam saje lah bila nak jam 7 ptg. Hehehehe...saya percaya anda juga begitu betul tak!.

Pagi tadi masa sahur boleh pulak si manja sya bangun. Sya bangun jam 4.30 pg dia pun bangun... Bila sya bangun dia pun nak ikut lah jugak, kalau tak diambil, dia nangis. Oleh kerana dah bangun, ikut sahur lh....orang makan dia makan.

Ingat lepas sahur tu dia tidur semula tapi, ermm....langsung tak tidur sampailah sya siap2 nak pergi kerja. Membebal saje mulutnya dan ada saje yang dia nak mengemas dalam bilik. Ada sekali tu, sya tidurkan dia tapi sya yang tertidur dulu. Rupa-rupanya habis je susu dia bangun dan mengemas. tusu satu kotak habis dia keluarkan isi perut tisu itu. Entah macam mana sya tersadar dan tengok dia tengah mengemas. Tisu jangan dikata lagi berselerak satu bilik.

Bila sya dah siap2 nak pergi kerja, si manja sya buat kuih pulak!. Hal maklumlah..masa sahur dia pun sama makan. Dah lah mamanya mengejar masa nak pergi kerja boleh pulak dia buat kuih. Sayang sayang.. 

Dalam perjalanan nak ke rumah emak sya dia tidur dalam kereta hingga sampai rumah, bila diangkat pun tak sadar. Mengantuk sangat agaknya, mana tidaknya bangun 4.30 pagi sampai 7.00 pagi tak tidur. itu bangunnya tak pastilah sebab sya dah pergi kerja.

Sekarang sya seronok sangat tengok si manja sya sebab dia kuat makan sekarang. Apa orang makan dia pun nak cuma tak banyaklah. Bila tengok mukanya masa tidur geram sangat sebab tembam, macam nak gigit2 je rasanya. 

Siang hari dan malam nnti serta hari esok2nya tak tahulah apa ragamnya lagi...semakin bijak anak mama.

No comments:

Post a Comment