Monday 26 August 2013

Dah Shotak

Orang selalunya sebelum raya gunting rambut tapi sya lepas raya baru gunting rambut anak. Sebabnya bila kena gunting mesti menangis. Kalau gunting nanti entah apa jadi dengan rambutnya ada tokak sana tokak sini. Kononnya biarlah macam min ho masa raya. hahahaha... Lepas raya dah tak kesah dah. Tak plan pun nak guntingkan rambutnya. Kebetulan Ayah ngahnya ada mesin gunting rambut dan tengok muka anak pun macam dah rimas, tu yang buat keputusan minta ayah ngahnya guntingkan. Ingat nak tipis kan je tapi rupanya tipis habis, dah shotak kepala anak mama..
Sebelum Raya macam min ho
Hansemnya anak mama...
Selepas raya macam shoalin. Bila dah shotak ni nampak besar pulak Ahmad Khalis ni. Tembam pulak tu. JAdi anak yang soleh ye sayang!..

Sunday 4 August 2013

BAGAIMANA MENGETAHUI BAYI ANDA BERSEDIA UNTUK MAKAN?

Apabila bayi anda telah berusia 6 bulan anda boleh menguji kesediaannya menerima makanan baru dengan cara: 1] Bayi anda boleh menegakkan kepala apabila didudukan. 2] Menolak lidahnya ke atas dan ke luar apabila diletakkan makanan ke dalam mulutnya. 3] Anda boleh menguji dengan meletakan sedikit makanan pada hujung lidahnnya, jika bibirnya ditutup atau bayi menolak ,ini bermakna bayi anda belum bersedia. 4] Bayi anda mungkin meleleh air liur, membuka mulut apabila melihat anda makan. 5] Bayi anda menangis dengan lebih kerap antara waktu makan, ini menunjukkan pemberian susu tidak lagi mencukupi bagi bayi anda Sharing is Caring (^_^)

Tanda-tanda hendak bersalin

~Kontraksi Rahim Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya. ~Sakit Belakang Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang. ~Pecah ketuban Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera. ~Bloody Show Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan. ~Serviks terbuka Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj. Feel free to share ye mama ♥♥♥