Monday, 1 July 2013

Kecewa, Sedih dan Hampa

Dahulu atau sebelum ini segala urusan dapat sya lakukan dengan mudah sekali. hanya dihujung jari sahaja. Asalkan semuanya dah dikira dengan betul dan cukup. Just 'klik' semuanya dapat dibereskan dalam satu hari tanpa membawa kereta, berpanas, berhujan, terkejar-kejar sana-sini dan beratur panjang semata-mata untuk menjelaskan bayaran dan menguruskan segala urusan.

Tapi itu sebelum ini, sekarang......... saya rasa amat kecewa dan sedih kerana sya yang menjadi mangsa atas perbuatan orang lain. Segala urusan sya kena satlekan sendiri dan terpaksalah terkejar-kejar dan beratur panjang di pejabat pos dan tempat yang berkaitan dengannya. 

Minggu lepas sibuk menguruskan perihal kereta daripada pembayaran terus melalui bank kepada cara manual. Memang mudah, pembayaran terus melalui bank berbanding secara manual. Tapi apa boleh buat, sya terpaksa memilih cara ini demi mengelakkan pembayaran kereta sy tertunggak. Pinjam dengan bank biasalh...3 bulan tak bayar dah dapat surat notis. Sya tak nak rekod buruk dan nama sya blacklist. So, sya kena ambil inisiatif. Pasal acc. bank sya yang kena blok tu, biarlah tak boleh buat apa selagi masalah tak satle. Yang penting kereta sya terlepas.

Suami sya lagi kesian, bukan sahaja acc. dia kena blok, namanya pun boleh blacklist atas sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Padahal manusia tu lebih arif tentang perihal ini tapi.....entahlah tak tahu nak kata apa. Biarlah ALLAH sahaja yang membalas jasa baik orang tu kerana menganiaya orang lain.

Sebelum ini sya selalu mendesak suami sya satlekan cepat. Cubalah guna taktik ugut ke apa ke tapi, manusia tu memang jenis tak makan saman. Sekit betul hati ini. Rasa macam belasah aje manusia tu...sabar sabar...

So, untuk peringatan bersama, sekiranya hendak melalukan sesuatu perkara yang melibat kereta perlu dibawa berbincang terlebih dahulu terutamanya jika melibatkan nama orang lain. Jangan fikirkan untuk kesenangan sendiri tapi tak disedari telah menyusahkan orang lain dan menyeksa hidupnya kerana dikejar oleh pihak berkuasa, sedangkan kita hidup senang lenang. Tak kiralah orang itu sahabat kita ke, ahli keluarga kita ke, pakwe ke, makwe ke atau sapa saja lah. Manakala pihak kedua perlulah menguruskan dengan jujur dan amanah serta bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment