Saturday, 6 July 2013

4.00 Pagi

4.00 pagi? Awalnya bagun! Orang lain sedap tido dan bermimpi indah tapi, sya bangun siap2 untuk pulang ke rumah bonda. Kebiasaannya bangun awal pagi mesti ada berita yang kurang baik dan mencemaskan, betul tak?. Haaa....kes sya ni lain, terpaksa bangun awal pagi sebab en suami nak pergi mencari rezeki di laut....

Itulah dia bagi orang yang mencari rezeki di laut, pagi2 dah bangun. Balik pulak petang hari....seharian di laut. En suami sya ni, kerja ke laut ni sambilan aje. Alhamdulillah hasil tangkapan hari ini dapat 7kg udang. Syukur kepada ALLAH, dapatlah lauk untuk menyambut puasa yang tak berapa hari je lagi ni. Daripada hasil tangkapan tersebut juga dijual kepada peraih dan dapatlah duit belanja....

Pekerjaan ke laut ini bagi kawasan yang macam tempat sya ni, tak satu tahun mereka turun ke laut. Mereka start ke laut dari bulan April hingga Oktober kalau tak silap sya. Ini kerana laut di tempat sya laut cina selatan so, ada musim tengkujuh dan masa itu ombak besar mereka tidak boleh turun. Berbeza dengan kawasan pulau, mereka boleh turun hari2 kerana kawasan mereka terlindung.

Pendapatan orang kelaut ini tidak menentu bergantung pada hasil tangkapan yang mereka perolehi. Kadang2 banyak kadang takda hasil langsung. Sampaikan ada berkampung di laut. Terpaksa tinggal isteri dan anak di darat untuk mencari rezeki menyara keluarga.

Sedih pulak!. Kerja apa2 pun sama saja semuanya perlukan pengorbanan, tenaga dan kesihatan yng baik. Apabila usaha lebih dapatlah hasilnya lebih, kalau malas, dapatlah apa yang ada je.

Usaha tangga kejayaan!....

No comments:

Post a Comment