Wednesday 24 July 2013

Puding Kastard Berkuah

Salam dan salam sejahtera semua bloger2....

Sya harap anda semua sihat sejahtera yerk..hari ini sya nak kongsi resepi yang selalu ada dijual di bazar ramadhan. Haaa......sya rasa anda juga pernah buat atau memang dah expert membuatnya. Sya sekadar nak share shaja di blog sya ni. Hal maklumlah mama baru belajar memasak. hehehehe....

Bila lihat orang buat macam senang saje tapi tak pernah cuba buat. So, now dah tahu lah macam mana nak buatnya dan hasilnya memang sedap! Bagus untuk kanak-kanak sebab ia puding, lembut dan campur dengan buah-buahan.

Masa sya nak membuat puding ini, sampai sanggup beli acuan di kedai RM2 tau. excited nak membuatnya sebab nak sangat makannya. Bila dah buat, tak termakan pulak. Biasalah di bulan puasa kan nafsu makan tu mula lah datang. Tapi daripada tak pandai buat dah pandai buat. Ada bagus jugak!.

Di bawah ini resepinya. Ini pun sya copy daripada blog orang. Nasib baik ada en google yang dapat membantu sya. Kepada empunya resepi ni janganlah mara ye sya copy. Terima kasih bebanyak kerana telah membantu sya. Siapa yang belum pernah mencuba membuatnya tu boleh lah guna resepi ini ye. Terpulang lah kepada anda untuk mengubahnya.



PUDING KASTARD BERKUAH 

10 gm serbuk agar-agar 7g=1 packet 
4 cawan air 900ml 1 tin susu cair 170ml=1 tin 1 1/2 cwn gula halus 120g 
1 cwn tepung kastard di bancuh dgn 1 cawan air 1/2 cwn+1/2cwn beberapa biji ceri merah utk hiasan 
1 sudu kecil perasa vanila 

Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut. 
Tuangkan susu cair 
Tuangkan esen vanila 
bancuhkan tepung kastard dan air 
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi. 
Kacau adunan sehingga hampir pekat. 
Apabila telah masak tuangkan ke dalam acuan kecil. 
Biarkan sejuk. 

* Untuk larutkan agar2 tu, ita masukkan agar2 dulu dalam periuk kemudian baru masukkan air. Pas tu kacau rata supaya tidak berbentil. Kemudian baru letak atas dapur. 

Untuk versi ketupat ni ita gunakan acuan tuk buat coklat bentuk ketupat. Ambil sedikit puding dan warnakan dgn hijau. Pastu masukkan dlm piping bag. Titikkan pada petak2 ketupat berselang seli. Tunggu sejuk baru tuangkan kastad yg berwarna kuning. hati2 kerana puding ni panas. 

KUAH KASTARD 

1 tin susu cair -2 tin yg 170ml 2 gelas air 4-5 cwn 5 sudu besar gula pasir 1/4cwn + 4 sudu besar susu pekat secubit garam 
1 sudu besar tepung kastard 
1 sudu teh esen vanila 
fruit coktail - untuk hiasan 

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila 
Biarkan kuah mendidih. 
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk. 
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan. 

Selamat mencuba!!!

Thursday 11 July 2013

Ragam Si Manja pada Puasa ke-3

Sekejap je dah 3 hari berpuasa kan!. Bila bekerja tak rasa sangat berpuasa sebab sibuk buat keje tapi kalau duduk rumah terasa lamanya nak waktu berbuka, asyik tengok jam saje lah bila nak jam 7 ptg. Hehehehe...saya percaya anda juga begitu betul tak!.

Pagi tadi masa sahur boleh pulak si manja sya bangun. Sya bangun jam 4.30 pg dia pun bangun... Bila sya bangun dia pun nak ikut lah jugak, kalau tak diambil, dia nangis. Oleh kerana dah bangun, ikut sahur lh....orang makan dia makan.

Ingat lepas sahur tu dia tidur semula tapi, ermm....langsung tak tidur sampailah sya siap2 nak pergi kerja. Membebal saje mulutnya dan ada saje yang dia nak mengemas dalam bilik. Ada sekali tu, sya tidurkan dia tapi sya yang tertidur dulu. Rupa-rupanya habis je susu dia bangun dan mengemas. tusu satu kotak habis dia keluarkan isi perut tisu itu. Entah macam mana sya tersadar dan tengok dia tengah mengemas. Tisu jangan dikata lagi berselerak satu bilik.

Bila sya dah siap2 nak pergi kerja, si manja sya buat kuih pulak!. Hal maklumlah..masa sahur dia pun sama makan. Dah lah mamanya mengejar masa nak pergi kerja boleh pulak dia buat kuih. Sayang sayang.. 

Dalam perjalanan nak ke rumah emak sya dia tidur dalam kereta hingga sampai rumah, bila diangkat pun tak sadar. Mengantuk sangat agaknya, mana tidaknya bangun 4.30 pagi sampai 7.00 pagi tak tidur. itu bangunnya tak pastilah sebab sya dah pergi kerja.

Sekarang sya seronok sangat tengok si manja sya sebab dia kuat makan sekarang. Apa orang makan dia pun nak cuma tak banyaklah. Bila tengok mukanya masa tidur geram sangat sebab tembam, macam nak gigit2 je rasanya. 

Siang hari dan malam nnti serta hari esok2nya tak tahulah apa ragamnya lagi...semakin bijak anak mama.

Wednesday 10 July 2013

1st Day Puasa tanpa Suami

1st day puasa biasanya semua orang ingin bersahur dan berbuka dengan orang tersayang...tapi, sya hanta dapat bersahur shaja bersama suami dan berbuka tanpanya sebab outstation. Sedih memang sedih, kenalh terima dah kerjanya gitu. Masa dia nak pergi, sayu dan sedih sangat...macam pergi setahun padahal 2 Hari jerk. Entahlah tiba2 sayu sangat hati ni...

Sebelum2 ni sayu jugak tapi kali ni lebih sayu. Perasaan tu lain sikit terasanya. Beginilh kalau dapat isteri terlebih menyayangi suaminya dari nyawanya. Kalau boleh tak nak berjauhan dengannya, hari2 ada di rumah. Perasaan ni datang sebab inikan bulan puasa, itu yang sayu sangat agaknya lagi pulak tak dapat berbuka bersama2.

Tadi en suami ada call, dia kata dia takda selera nak makan sebab brbuka sorang2. Alah...ciannya en suami sya. Kalau ikut hati memang nak brbuka bersama2 tpi, dah tugas dan tak boleh nak ditolak, terpaksalah...insyaAllah puasa ketiga nanti agaknya baru dapat bersahur dan brbuka bersama2. Harap2 dapatlah..

Harapan besar dan akan terus menunggu dengan hati yang pasrah dan berserah kepada Allah S.W.T.

Perkara Sunat dan Makruh Puasa

Di blog kecantikan melambangkan keperibadianku, sya kongsi 'perkara yang boleh membatalkan puasa', manakala di blog ini sya kongsi 'perkara sunat dan makruh puasa'. Sya harap anda melawatlah kedua2 blog ini ye.

Perkara sunat puasa ialah:
  • Membayankkan membaca al-quran
  • Mandi junub sebelum fajar
  • Melewatkan sahur waktu imsak
  • Berbuka dengan buah tamar dan benda manis
  • Membanyakkan sedekah
  • Solat terawih
  • Segera berbuka bila masuk waktu


Perkara makruh puasa pula ialah:
  • Berkumur-kumur dengan keterlaluan
  • Merasa makananan dengan lidah
  • Bercakap perkara buruk dan keji
  • Memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
  • Gosok gigi setelah gelincir matahari
  • Mencium isteri
  • Menderma darah
Sya tak boleh nak taip banyak2 sebab my hero tengah aktif habis handphone neneknya dia bawa ke hulu ke hilir, takut rosak pulak handphone neneknya nanti.

Sunday 7 July 2013

Terlepas Peluang

Bincang punya bincang dan pilih punya pilih akhirnya terlepas peluang untuk dapatkannya. Terasa kecewa jugak sebab designnya cantik dan luar biasa, lain daripada yang lain. Mungkin bukan rezeki kami agaknya. Takpalah boleh cuba tahun hadapan plak tapiii...kalau masih jadi ahli lh. hihihihihi....

Design yang sya dan kawan sya pilih ni sma dengan design kad raya. So, kami ingat bolehlah sama tapi hajat tak kesampaian....

Design yang baru kami pilih lagi mahal harganya tapi designnya pun boleh tahan jugak, warna coklat dan berlatarbelakangkan corak songket. Harganya memang mahal sikit dari design yang pertama kami pilih sebab kualiti kadnya.

Apa2 pun terima kasihlah kepada KELAB KAK sebab sponsur beri sampul raya kepada semua staff. Semoga semua orang suka akannya.

Saturday 6 July 2013

4.00 Pagi

4.00 pagi? Awalnya bagun! Orang lain sedap tido dan bermimpi indah tapi, sya bangun siap2 untuk pulang ke rumah bonda. Kebiasaannya bangun awal pagi mesti ada berita yang kurang baik dan mencemaskan, betul tak?. Haaa....kes sya ni lain, terpaksa bangun awal pagi sebab en suami nak pergi mencari rezeki di laut....

Itulah dia bagi orang yang mencari rezeki di laut, pagi2 dah bangun. Balik pulak petang hari....seharian di laut. En suami sya ni, kerja ke laut ni sambilan aje. Alhamdulillah hasil tangkapan hari ini dapat 7kg udang. Syukur kepada ALLAH, dapatlah lauk untuk menyambut puasa yang tak berapa hari je lagi ni. Daripada hasil tangkapan tersebut juga dijual kepada peraih dan dapatlah duit belanja....

Pekerjaan ke laut ini bagi kawasan yang macam tempat sya ni, tak satu tahun mereka turun ke laut. Mereka start ke laut dari bulan April hingga Oktober kalau tak silap sya. Ini kerana laut di tempat sya laut cina selatan so, ada musim tengkujuh dan masa itu ombak besar mereka tidak boleh turun. Berbeza dengan kawasan pulau, mereka boleh turun hari2 kerana kawasan mereka terlindung.

Pendapatan orang kelaut ini tidak menentu bergantung pada hasil tangkapan yang mereka perolehi. Kadang2 banyak kadang takda hasil langsung. Sampaikan ada berkampung di laut. Terpaksa tinggal isteri dan anak di darat untuk mencari rezeki menyara keluarga.

Sedih pulak!. Kerja apa2 pun sama saja semuanya perlukan pengorbanan, tenaga dan kesihatan yng baik. Apabila usaha lebih dapatlah hasilnya lebih, kalau malas, dapatlah apa yang ada je.

Usaha tangga kejayaan!....

Friday 5 July 2013

Dapat Job Baru

Pagi tadi ada satu perbincangan khas dari kumpulan sya. Kumpulan sya ni ditugaskan untuk mencari dan mendapatkan untung KELAB. So, terdapat pelbagai business yang perlu kami jalankan dan dapatkan bekalan untuk tahun 2013 ni. Setiap orang diberi job, apabila dah diberi job...paham2 jelah kenalah pikul tanggungjawab dengan seamanahnya dan bekerja keras untuk memastikan ianya berhasil dan berjaya, pastikan MASYUKKKK!!!!! Hahahaaha......

Walaupun projek kami ni taklah sehebat mana sampai beribu riban tapi, sukar juga untuk kami handlenya. Nampak kecil tapi impaknya besar. Ianya melibatkan DUIT, mesti paham punya kan!. 

So, now sya kena cari dimana sya boleh dapat dan jumpa atau berhubung orang yang boleh membekalkan kad TOPUP handphone pelbagai jenis iaitu maxis, celcom dan digi sekaligus. Kalau boleh satu pembekal sahaja dan dia boleh tolak harga murah sebab kalau boleh kami jual dengan harga yang sama dengan nilai topup tersebut seperti topup RM10, jual juga dengan harga yang sama RM10. pihak kami juga dapat untung dengan jualan tersebut.

Kalau ke centre leceh.....dan perlu kena pergi setiap centre. Aku bukannya nak bukak kedai topup pun, cuma nak jual untuk dapatkan duit tepi je. Sambil Bekerja  atau di rumah, pada masa yang sama sya boleh menjual topup.

Kalau boleh agen di area KOTA TINGGI atau JOHOR BAHRU sahaja, senang nak dapatkan bekalan. Sya ingat hari sabtu boleh sya perhi survey di Kota Tinggi, tapi perancangan macam batallah pulak sebab bertindih program.

Jika anda ada idea atau kenalan atu pun andalah agennya, bolehlah dapat kiranya membntu sya untuk mendapatkan bekalan topup ni. Sya hanya nak kan topup berbentuk kad sahaja yang terdiri dari jumlah RM30, RM10, RM5 (maxis, celcom, digi). Bolehlah anda tinggalkan comment di entry ini. Terima kasih kepada sudi membantu sya. Jasa baik anda semoga diberi ganjaran berganda dari Tuhan.

TQ........vm.

Arnab dengan Kura-Kura

Assalamualaikum dan salm sejahtera...

Post yang lepas sya ada cite kisah cite pendek untuk dibacakan kepada si manja kita kan!. kali ini sya nak kongsi dengan kalian ceritanya pulak. Tajuk citenya adalah sama dengan tajuk entry post sya ni 'Arnab dengan Kura-Kura'. Kisahnya begini....jom meluangkan masa untuk membacanya, lagi bagus kalau kita kongsi cite ni bersama dengan si manja lagi bagus....



Di dalam sebuah hutan terdapat berbagai jenis binatang. Diantaranya ada seekor arnab yang sombong dan suka bercakap besar. Binatang-binatang lain sangat benci dengannya.

Suatu hari arnab ternampak seekor kura-kura sedang berjalan.

"Awak berjalan sangat cepat", sindir arnab.

Kura-kura tahu dia kena sindir.

"Walaupun sya jalan perlahan, kalau kita berlumba lari boleh jadi sya yang menang," balas kura-kura.

"Kalau begitu mari kita berlumba," kata arnab dengan gembira.

Arnab memberitahu perlumbaan itu kepada binatang-binatang lain. Ia juga meminta Sang Kancil menjadi hakim.

"Satu, dua, tiga.....!" Kata sang kancil.

Habis sahaja sang kancil menghitung, arnab pun berlari laju macam peluru. Kura-kura tertinggal jauh di belakang.

"Aku tunggu kura-kura di sini. Kalau ia sudah dekat, baharulah aku berlari lagi," fikir arnab. Arnab baring di bawah pokok. Oleh sebab keletihan, ia pun tertidur.

Kura-kura berjalan tidak terhenti-henti. Akhirnya ia sampai di garisan penamat. Semua binatang bersorak sambil menari kerana kura-kura menang.

Arnab terbangun kerana digigit nyamuk. Ia terkejut lalu berlari. Apabila sampai di garisan penamat, arnab terperanjat kerana kura-kura telah sampai dahulu.

Arnab berasa  malu dan tidak mahu bercakap sombong lagi....

Itulh dia al kisah seekor arnab dengan seekor kura-kura....

Pelajaran yang kita dapat dari cite ni adalah:
  • Jangan sesekali kita bercakap sombong....kerana akhirnya kita juga yang rugi
  • Orang yang sabar, dialah yang untung dan mendapat ganjaran yang baik dari Allah/Tuhan.




Tuesday 2 July 2013

Baca Buku Cerita utk Si Manja

Si manja sya dah berusia 1 thun. Sya fikir dah boleh dibacakan buku cerita yg pendek2 utk dia semasa dia hendak tidur. Kalau dibaca masa dia bermain, dia akan kurang beri tumpuan sebab dia sibuk bermain. Berbanding masa dia hendak tido dan tengah menyusu, masa inilh yg sesuai untuk dibacakan buku nanti sambil menyusu dia akan leka dan terus tertido....sebab terbuai dengan suara merdu mamanya. Hahaha.....

Malam ini adlh 1st time bacakan si manja cite2 pendek utknya. Oleh kerana suara mamanya Terlalu merdu akhirnya terbuai hingga terlena. Itu pun dapat bantuan dri En google. Pada mula2 tu susah jugak sibuk kita membaca, sibuk dia nakkan tap jugak. Tapi lama kelamaan dia boring sebab Mama tak beri, dia pun teeuskan menyusu dan mendengar cite dri mamanya.



Percubaan pertama berhasil. Lepas ni kena cari lgi cite2 menarik yg ada teladan untuk si manja. Mudah2an dia cepat pandai membaca dan suka membaca. 

Laman yg sy dapat info dri en google ialah:


Ini yg sempat di searchlh, banyak lagi...kalau anda ada koleksi bolehlh kongsi di sini. TQ, dapat kita manfaat bersama2...

Ramadhan Menjelang Lagi

Setiap tahun umat islam akan menyambut bulan Ramadhan. Di bulan inilh umat islam diwajibkan menunaikan ibadah puasa  krana ia adalh salah satu rukun islam yg wajib dilakukan.


Gambar di atas ini adlh Asas Hidup Islam. Di sini sya kongsikn bersama anda untuk sama2 kita mengingati dan tanam dalam hati terutamanya yg PERTAMA agar kita sentiasa ingat.

Semoga Ramadhan tahun 2013 ini memberi lebih makna dalam hidup sya dan keluarga sya berbanding tahun yang sebelumnya. Sya juga berharap agar sya dapat berpuasa penuh pada tahun ini. Manalah tahu kuasa ALLAH siapa boleh menghalangnya kan!. Syukur kepadaNya.

Pada 27 jun 2013 yg lepas sya dan kakk opis (zura) pergi membayar Fidyah puasa Tahun lepas. Tahun lepas sebulan penuh Sya tidak puasa sebab dalam pantang. Alhamdulillah rasa lega dan bersyukur dapat membayar fidyah puasa tersebut. Lepas ni tinggal nk mengganti puasa je.

Sya mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepda semua umat islam di muka bumi ALLAH ini semoga kita sma2 dapat menjalankan ibadah ini dengan sempurna dan diberkatiNya. Amin...



Di bawah ini sya kongsikn sebagai rujukan bersama untuk niat puasa. Nak copy dan print pun boleh untuk tampal dalam bilik ke so, sebelum tido boleh niat puasa dulu. Hehehehe....


Teduhan Kasih




Besar betul penangan cite TEDUHAN KASIH ni...jangan kata sya sorang je yg xcited dan beremosi, kawan2 opis dan emak sya pun sama....kadang2 tu kami ni plak yg lebih over geram dan menyampah dengan si ayu gediks tu. Hahaha.....padahal tu cite je tp org di luar plak yg lebih over. Ini bermakna lakonan mereka mantop, menjadi sehinggakn penonton dapat menjiwai jalan cite tu. Tahniah kepada barisan pelakon TEDUHAN KASIH.





Akhirnya hidup Efa bahagia di sisi suami tercinta yg handsome lagi Kaya. Si ayu pula, hahaha....dapat balasan dariNya jadi gila. Bak pepatah peribahasa berkata 'yg dikejar tak dapat dan dikendong berciciran'. Betul ke peribahasa sya ni....lebih kurang gitulh bunyinya. Sorrylh klau salah, adik baru nk belajar, tolonglh ajar dan tegur jika salah.

Kesimpulannya dari cite ni:
  • janganlh sesekali kita mengyakiti hati org lain sedangkn org itu tidak bersalah dan mengganggu hidup Kita. 
  • Jagalh rumah tangga sendiri, jangan sibuk dengan hal rumahtangga org lain kecuali perkara yang melanggar hukum syarak dan undang2.
  • Menghargai dan bersyukur apa yang kita ada. Terimanya dengan hati terbuka dan redha dengan ketentuan ALLAH.
  • Jangan tamak. Org yang tamak ini adalah org yg paling rugi.
  • Jangan memendam dendam lama2 krna ia menyiksa jiwa dan batin diri Sendiri.
  • Bertaubat dan insaf.

Inilh serba sedikit yg dapat sya simpulkan dari cite ini. Sya berharap ALLAH juga akan memberi peluang kpd sya untuk merasa dan menikmati KEBAHAGIAAN bersama suami (Ahmad Firdaus bin Mohd Khalid) dan anak2 sehingga ke syurga. Amin...

Monday 1 July 2013

Kecewa, Sedih dan Hampa

Dahulu atau sebelum ini segala urusan dapat sya lakukan dengan mudah sekali. hanya dihujung jari sahaja. Asalkan semuanya dah dikira dengan betul dan cukup. Just 'klik' semuanya dapat dibereskan dalam satu hari tanpa membawa kereta, berpanas, berhujan, terkejar-kejar sana-sini dan beratur panjang semata-mata untuk menjelaskan bayaran dan menguruskan segala urusan.

Tapi itu sebelum ini, sekarang......... saya rasa amat kecewa dan sedih kerana sya yang menjadi mangsa atas perbuatan orang lain. Segala urusan sya kena satlekan sendiri dan terpaksalah terkejar-kejar dan beratur panjang di pejabat pos dan tempat yang berkaitan dengannya. 

Minggu lepas sibuk menguruskan perihal kereta daripada pembayaran terus melalui bank kepada cara manual. Memang mudah, pembayaran terus melalui bank berbanding secara manual. Tapi apa boleh buat, sya terpaksa memilih cara ini demi mengelakkan pembayaran kereta sy tertunggak. Pinjam dengan bank biasalh...3 bulan tak bayar dah dapat surat notis. Sya tak nak rekod buruk dan nama sya blacklist. So, sya kena ambil inisiatif. Pasal acc. bank sya yang kena blok tu, biarlah tak boleh buat apa selagi masalah tak satle. Yang penting kereta sya terlepas.

Suami sya lagi kesian, bukan sahaja acc. dia kena blok, namanya pun boleh blacklist atas sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Padahal manusia tu lebih arif tentang perihal ini tapi.....entahlah tak tahu nak kata apa. Biarlah ALLAH sahaja yang membalas jasa baik orang tu kerana menganiaya orang lain.

Sebelum ini sya selalu mendesak suami sya satlekan cepat. Cubalah guna taktik ugut ke apa ke tapi, manusia tu memang jenis tak makan saman. Sekit betul hati ini. Rasa macam belasah aje manusia tu...sabar sabar...

So, untuk peringatan bersama, sekiranya hendak melalukan sesuatu perkara yang melibat kereta perlu dibawa berbincang terlebih dahulu terutamanya jika melibatkan nama orang lain. Jangan fikirkan untuk kesenangan sendiri tapi tak disedari telah menyusahkan orang lain dan menyeksa hidupnya kerana dikejar oleh pihak berkuasa, sedangkan kita hidup senang lenang. Tak kiralah orang itu sahabat kita ke, ahli keluarga kita ke, pakwe ke, makwe ke atau sapa saja lah. Manakala pihak kedua perlulah menguruskan dengan jujur dan amanah serta bertanggungjawab.