Assalamualaikum dan salm sejahtera...
Post yang lepas sya ada cite kisah cite pendek untuk dibacakan kepada si manja kita kan!. kali ini sya nak kongsi dengan kalian ceritanya pulak. Tajuk citenya adalah sama dengan tajuk entry post sya ni 'Arnab dengan Kura-Kura'. Kisahnya begini....jom meluangkan masa untuk membacanya, lagi bagus kalau kita kongsi cite ni bersama dengan si manja lagi bagus....
Di dalam sebuah hutan terdapat berbagai jenis binatang. Diantaranya ada seekor arnab yang sombong dan suka bercakap besar. Binatang-binatang lain sangat benci dengannya.
Suatu hari arnab ternampak seekor kura-kura sedang berjalan.
"Awak berjalan sangat cepat", sindir arnab.
Kura-kura tahu dia kena sindir.
"Walaupun sya jalan perlahan, kalau kita berlumba lari boleh jadi sya yang menang," balas kura-kura.
"Kalau begitu mari kita berlumba," kata arnab dengan gembira.
Arnab memberitahu perlumbaan itu kepada binatang-binatang lain. Ia juga meminta Sang Kancil menjadi hakim.
"Satu, dua, tiga.....!" Kata sang kancil.
Habis sahaja sang kancil menghitung, arnab pun berlari laju macam peluru. Kura-kura tertinggal jauh di belakang.
"Aku tunggu kura-kura di sini. Kalau ia sudah dekat, baharulah aku berlari lagi," fikir arnab. Arnab baring di bawah pokok. Oleh sebab keletihan, ia pun tertidur.
Kura-kura berjalan tidak terhenti-henti. Akhirnya ia sampai di garisan penamat. Semua binatang bersorak sambil menari kerana kura-kura menang.
Arnab terbangun kerana digigit nyamuk. Ia terkejut lalu berlari. Apabila sampai di garisan penamat, arnab terperanjat kerana kura-kura telah sampai dahulu.
Arnab berasa malu dan tidak mahu bercakap sombong lagi....
Itulh dia al kisah seekor arnab dengan seekor kura-kura....
Pelajaran yang kita dapat dari cite ni adalah:
- Jangan sesekali kita bercakap sombong....kerana akhirnya kita juga yang rugi
- Orang yang sabar, dialah yang untung dan mendapat ganjaran yang baik dari Allah/Tuhan.
No comments:
Post a Comment