Wednesday, 24 July 2013

Puding Kastard Berkuah

Salam dan salam sejahtera semua bloger2....

Sya harap anda semua sihat sejahtera yerk..hari ini sya nak kongsi resepi yang selalu ada dijual di bazar ramadhan. Haaa......sya rasa anda juga pernah buat atau memang dah expert membuatnya. Sya sekadar nak share shaja di blog sya ni. Hal maklumlah mama baru belajar memasak. hehehehe....

Bila lihat orang buat macam senang saje tapi tak pernah cuba buat. So, now dah tahu lah macam mana nak buatnya dan hasilnya memang sedap! Bagus untuk kanak-kanak sebab ia puding, lembut dan campur dengan buah-buahan.

Masa sya nak membuat puding ini, sampai sanggup beli acuan di kedai RM2 tau. excited nak membuatnya sebab nak sangat makannya. Bila dah buat, tak termakan pulak. Biasalah di bulan puasa kan nafsu makan tu mula lah datang. Tapi daripada tak pandai buat dah pandai buat. Ada bagus jugak!.

Di bawah ini resepinya. Ini pun sya copy daripada blog orang. Nasib baik ada en google yang dapat membantu sya. Kepada empunya resepi ni janganlah mara ye sya copy. Terima kasih bebanyak kerana telah membantu sya. Siapa yang belum pernah mencuba membuatnya tu boleh lah guna resepi ini ye. Terpulang lah kepada anda untuk mengubahnya.



PUDING KASTARD BERKUAH 

10 gm serbuk agar-agar 7g=1 packet 
4 cawan air 900ml 1 tin susu cair 170ml=1 tin 1 1/2 cwn gula halus 120g 
1 cwn tepung kastard di bancuh dgn 1 cawan air 1/2 cwn+1/2cwn beberapa biji ceri merah utk hiasan 
1 sudu kecil perasa vanila 

Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut. 
Tuangkan susu cair 
Tuangkan esen vanila 
bancuhkan tepung kastard dan air 
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi. 
Kacau adunan sehingga hampir pekat. 
Apabila telah masak tuangkan ke dalam acuan kecil. 
Biarkan sejuk. 

* Untuk larutkan agar2 tu, ita masukkan agar2 dulu dalam periuk kemudian baru masukkan air. Pas tu kacau rata supaya tidak berbentil. Kemudian baru letak atas dapur. 

Untuk versi ketupat ni ita gunakan acuan tuk buat coklat bentuk ketupat. Ambil sedikit puding dan warnakan dgn hijau. Pastu masukkan dlm piping bag. Titikkan pada petak2 ketupat berselang seli. Tunggu sejuk baru tuangkan kastad yg berwarna kuning. hati2 kerana puding ni panas. 

KUAH KASTARD 

1 tin susu cair -2 tin yg 170ml 2 gelas air 4-5 cwn 5 sudu besar gula pasir 1/4cwn + 4 sudu besar susu pekat secubit garam 
1 sudu besar tepung kastard 
1 sudu teh esen vanila 
fruit coktail - untuk hiasan 

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila 
Biarkan kuah mendidih. 
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk. 
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan. 

Selamat mencuba!!!

Thursday, 11 July 2013

Ragam Si Manja pada Puasa ke-3

Sekejap je dah 3 hari berpuasa kan!. Bila bekerja tak rasa sangat berpuasa sebab sibuk buat keje tapi kalau duduk rumah terasa lamanya nak waktu berbuka, asyik tengok jam saje lah bila nak jam 7 ptg. Hehehehe...saya percaya anda juga begitu betul tak!.

Pagi tadi masa sahur boleh pulak si manja sya bangun. Sya bangun jam 4.30 pg dia pun bangun... Bila sya bangun dia pun nak ikut lah jugak, kalau tak diambil, dia nangis. Oleh kerana dah bangun, ikut sahur lh....orang makan dia makan.

Ingat lepas sahur tu dia tidur semula tapi, ermm....langsung tak tidur sampailah sya siap2 nak pergi kerja. Membebal saje mulutnya dan ada saje yang dia nak mengemas dalam bilik. Ada sekali tu, sya tidurkan dia tapi sya yang tertidur dulu. Rupa-rupanya habis je susu dia bangun dan mengemas. tusu satu kotak habis dia keluarkan isi perut tisu itu. Entah macam mana sya tersadar dan tengok dia tengah mengemas. Tisu jangan dikata lagi berselerak satu bilik.

Bila sya dah siap2 nak pergi kerja, si manja sya buat kuih pulak!. Hal maklumlah..masa sahur dia pun sama makan. Dah lah mamanya mengejar masa nak pergi kerja boleh pulak dia buat kuih. Sayang sayang.. 

Dalam perjalanan nak ke rumah emak sya dia tidur dalam kereta hingga sampai rumah, bila diangkat pun tak sadar. Mengantuk sangat agaknya, mana tidaknya bangun 4.30 pagi sampai 7.00 pagi tak tidur. itu bangunnya tak pastilah sebab sya dah pergi kerja.

Sekarang sya seronok sangat tengok si manja sya sebab dia kuat makan sekarang. Apa orang makan dia pun nak cuma tak banyaklah. Bila tengok mukanya masa tidur geram sangat sebab tembam, macam nak gigit2 je rasanya. 

Siang hari dan malam nnti serta hari esok2nya tak tahulah apa ragamnya lagi...semakin bijak anak mama.

Wednesday, 10 July 2013

1st Day Puasa tanpa Suami

1st day puasa biasanya semua orang ingin bersahur dan berbuka dengan orang tersayang...tapi, sya hanta dapat bersahur shaja bersama suami dan berbuka tanpanya sebab outstation. Sedih memang sedih, kenalh terima dah kerjanya gitu. Masa dia nak pergi, sayu dan sedih sangat...macam pergi setahun padahal 2 Hari jerk. Entahlah tiba2 sayu sangat hati ni...

Sebelum2 ni sayu jugak tapi kali ni lebih sayu. Perasaan tu lain sikit terasanya. Beginilh kalau dapat isteri terlebih menyayangi suaminya dari nyawanya. Kalau boleh tak nak berjauhan dengannya, hari2 ada di rumah. Perasaan ni datang sebab inikan bulan puasa, itu yang sayu sangat agaknya lagi pulak tak dapat berbuka bersama2.

Tadi en suami ada call, dia kata dia takda selera nak makan sebab brbuka sorang2. Alah...ciannya en suami sya. Kalau ikut hati memang nak brbuka bersama2 tpi, dah tugas dan tak boleh nak ditolak, terpaksalah...insyaAllah puasa ketiga nanti agaknya baru dapat bersahur dan brbuka bersama2. Harap2 dapatlah..

Harapan besar dan akan terus menunggu dengan hati yang pasrah dan berserah kepada Allah S.W.T.