Sunday, 4 August 2013
Dah Nak Raya?
Sekejap je dah nak raya kan!. Tinggal 2 hari je lagi....Di pusat membeli belah dan gerai2 bazar dan kemboja penuh dengan manusia sibuk menyoping raya. Tak kira siang ke malam sentiasa ramai, nak cari parking pun susah. Seperti biasa orang menyoping sehingga malam raya. Lepas siap masak dan pasang langsir dan tak tahu nak buat apa, ada jugak keluar ke bazar tengah2 malam. ingat bila keluar tengah malam orang tak ramai tapi, rupanya lagi ramai orang menyoping yang tak habis2.
Duit terlebih2 agaknya, itu yang tahun ini raya sakan. hahahahaha......kalau boleh apa ada dalam rumah semuanya nak ditukar yang baru. Lepas raya melopong, menanguk! sebab duit dah habis untuk raya. So, pengajarannya perlulah berbelanja secara berhemah. jangan membazir, ingat lepas raya pun perlu duit belanja. Berbelanja lah apa yang perlu sahaja berdasarkan keperluan bukan kehendak.
Tahun ini keluarga sya beraya tak macam sebelum2 ini, sebab emak sya baru shaja opetare buang ibu jari kaki (kencing manis). Alhamdulillah tiada apa yang berlaku after operate. Cumanya tahun ni tak kemana2 kot sebab emak tak boleh banyak bergerak sangat. Bila dia dah biasa nanti barulah boleh bergerak, insyaallah.
keluarga mertua pula memang tiap2 tahun beraya sakan. Tahun ini tukar lagi langsir baru dan kali ini guna langsir kayu pulak. Ermm.....meriah2..semangat raya. Duit dah berhabis kelangsir so, kuih tak buat lah beli jerk. hahahahaha....lagi pun kalau banyak2 nanti tak habis. Budak2 datang beraya bukannya nak makan kuih pun, yak dia nak duit raya je...kalau family pulak yang datang, masak2 pulak. Kuih sekadar hiasan atas meja jerk...so, more of the story jangan beli kuih bebanyak.
Raya kali ini ingat nak kolek duit raya anak banyak sikit dan cover balik duit dah berhabis. hahahaha....tapi nak pergi umah siapa erk?. Kalau belah papa tak banyak berjalan, kalau belah mama berjalan sampai jauh2 tapi tahun ini macam tak kemana je...ermmm....mana yang ada jelah ye sayang mama "sedapkan hati"..
Oklah berceloteh pepanjang nanti bosan pulak nak bacanya. Sya ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" maaf zahir dan batin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment