Tuesday, 2 July 2013

Ramadhan Menjelang Lagi

Setiap tahun umat islam akan menyambut bulan Ramadhan. Di bulan inilh umat islam diwajibkan menunaikan ibadah puasa  krana ia adalh salah satu rukun islam yg wajib dilakukan.


Gambar di atas ini adlh Asas Hidup Islam. Di sini sya kongsikn bersama anda untuk sama2 kita mengingati dan tanam dalam hati terutamanya yg PERTAMA agar kita sentiasa ingat.

Semoga Ramadhan tahun 2013 ini memberi lebih makna dalam hidup sya dan keluarga sya berbanding tahun yang sebelumnya. Sya juga berharap agar sya dapat berpuasa penuh pada tahun ini. Manalah tahu kuasa ALLAH siapa boleh menghalangnya kan!. Syukur kepadaNya.

Pada 27 jun 2013 yg lepas sya dan kakk opis (zura) pergi membayar Fidyah puasa Tahun lepas. Tahun lepas sebulan penuh Sya tidak puasa sebab dalam pantang. Alhamdulillah rasa lega dan bersyukur dapat membayar fidyah puasa tersebut. Lepas ni tinggal nk mengganti puasa je.

Sya mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepda semua umat islam di muka bumi ALLAH ini semoga kita sma2 dapat menjalankan ibadah ini dengan sempurna dan diberkatiNya. Amin...



Di bawah ini sya kongsikn sebagai rujukan bersama untuk niat puasa. Nak copy dan print pun boleh untuk tampal dalam bilik ke so, sebelum tido boleh niat puasa dulu. Hehehehe....


Teduhan Kasih




Besar betul penangan cite TEDUHAN KASIH ni...jangan kata sya sorang je yg xcited dan beremosi, kawan2 opis dan emak sya pun sama....kadang2 tu kami ni plak yg lebih over geram dan menyampah dengan si ayu gediks tu. Hahaha.....padahal tu cite je tp org di luar plak yg lebih over. Ini bermakna lakonan mereka mantop, menjadi sehinggakn penonton dapat menjiwai jalan cite tu. Tahniah kepada barisan pelakon TEDUHAN KASIH.





Akhirnya hidup Efa bahagia di sisi suami tercinta yg handsome lagi Kaya. Si ayu pula, hahaha....dapat balasan dariNya jadi gila. Bak pepatah peribahasa berkata 'yg dikejar tak dapat dan dikendong berciciran'. Betul ke peribahasa sya ni....lebih kurang gitulh bunyinya. Sorrylh klau salah, adik baru nk belajar, tolonglh ajar dan tegur jika salah.

Kesimpulannya dari cite ni:
  • janganlh sesekali kita mengyakiti hati org lain sedangkn org itu tidak bersalah dan mengganggu hidup Kita. 
  • Jagalh rumah tangga sendiri, jangan sibuk dengan hal rumahtangga org lain kecuali perkara yang melanggar hukum syarak dan undang2.
  • Menghargai dan bersyukur apa yang kita ada. Terimanya dengan hati terbuka dan redha dengan ketentuan ALLAH.
  • Jangan tamak. Org yang tamak ini adalah org yg paling rugi.
  • Jangan memendam dendam lama2 krna ia menyiksa jiwa dan batin diri Sendiri.
  • Bertaubat dan insaf.

Inilh serba sedikit yg dapat sya simpulkan dari cite ini. Sya berharap ALLAH juga akan memberi peluang kpd sya untuk merasa dan menikmati KEBAHAGIAAN bersama suami (Ahmad Firdaus bin Mohd Khalid) dan anak2 sehingga ke syurga. Amin...

Monday, 1 July 2013

Kecewa, Sedih dan Hampa

Dahulu atau sebelum ini segala urusan dapat sya lakukan dengan mudah sekali. hanya dihujung jari sahaja. Asalkan semuanya dah dikira dengan betul dan cukup. Just 'klik' semuanya dapat dibereskan dalam satu hari tanpa membawa kereta, berpanas, berhujan, terkejar-kejar sana-sini dan beratur panjang semata-mata untuk menjelaskan bayaran dan menguruskan segala urusan.

Tapi itu sebelum ini, sekarang......... saya rasa amat kecewa dan sedih kerana sya yang menjadi mangsa atas perbuatan orang lain. Segala urusan sya kena satlekan sendiri dan terpaksalah terkejar-kejar dan beratur panjang di pejabat pos dan tempat yang berkaitan dengannya. 

Minggu lepas sibuk menguruskan perihal kereta daripada pembayaran terus melalui bank kepada cara manual. Memang mudah, pembayaran terus melalui bank berbanding secara manual. Tapi apa boleh buat, sya terpaksa memilih cara ini demi mengelakkan pembayaran kereta sy tertunggak. Pinjam dengan bank biasalh...3 bulan tak bayar dah dapat surat notis. Sya tak nak rekod buruk dan nama sya blacklist. So, sya kena ambil inisiatif. Pasal acc. bank sya yang kena blok tu, biarlah tak boleh buat apa selagi masalah tak satle. Yang penting kereta sya terlepas.

Suami sya lagi kesian, bukan sahaja acc. dia kena blok, namanya pun boleh blacklist atas sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Padahal manusia tu lebih arif tentang perihal ini tapi.....entahlah tak tahu nak kata apa. Biarlah ALLAH sahaja yang membalas jasa baik orang tu kerana menganiaya orang lain.

Sebelum ini sya selalu mendesak suami sya satlekan cepat. Cubalah guna taktik ugut ke apa ke tapi, manusia tu memang jenis tak makan saman. Sekit betul hati ini. Rasa macam belasah aje manusia tu...sabar sabar...

So, untuk peringatan bersama, sekiranya hendak melalukan sesuatu perkara yang melibat kereta perlu dibawa berbincang terlebih dahulu terutamanya jika melibatkan nama orang lain. Jangan fikirkan untuk kesenangan sendiri tapi tak disedari telah menyusahkan orang lain dan menyeksa hidupnya kerana dikejar oleh pihak berkuasa, sedangkan kita hidup senang lenang. Tak kiralah orang itu sahabat kita ke, ahli keluarga kita ke, pakwe ke, makwe ke atau sapa saja lah. Manakala pihak kedua perlulah menguruskan dengan jujur dan amanah serta bertanggungjawab.