Saturday, 29 June 2013

1st Birthday


23 Jun 2013 genap usia si manja sya 1 tahun. Tiada persiapan yang grand dapat sya buat untuk si manja. Plan sebenar nak buat hari lain tp last minit buat hari lain. So buat jelah apa yang patut. Cian anak mama.....walau pun buat tak seberapa tapi alhamdulillah meriah, ramai yang hadir. Terima kasih kepada makngah lin dan makcik fatin kerana buatkan mee kari dan roti Jala masa birthday Khalis. Tak lupa juga kepada pakngah salleh kerana tolong buatkan air buah. Hehehehehe......

Add captionBersedia untuk tiup lilin

Potong kek dengan papa

Inilah makngah lin

Ini bersama mama dan papa

Diantara tetamu yang hadir 
Sekejap je si manja dah besar. Ahmad khalis, nanti kali ke-2 mama dan papa buat lebih special ye sayang...

Pandai Anak Mama Mengemas....

Semenjak dah dapat kaki dan semakin pandai serta bijak ni, macam2 perkara yang dibuatnya sehingga menguji kesabaran sya. Mana tidaknya si manja yang baru uisa 1 tahun memang aktif. Salah satunya aktiviti si manja sya adalah:




Haaaa.....itulh aktivitinya yang selalu dia buat. Kita kemas, dia pun nak kemas jugak tapi kemas menyerak. Ermmm......anak anak...bila di tegah lagi dibuatnya. Memang kuruslah mama dibuatnya. Si manja sya ni cerdik, bila sya marah dia, dia marah sya balik. Hati ni rasa nak ketawa tp tahan je....nanti dia ingt mama dia memain. So, kenalah buat muka serius biar dia takut sikit.

Itulh ragam si manja sya yang dari sehari ke sehari semakin bijak pelbagai aktiviti yang dibuatnya...mama harap bila ank mama dah besar nanti akan selalu membuat hati mama senang dan bahagia ye sayang....

Friday, 28 June 2013

Sudah Ceria sekarang!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan muslim...

Untuk makluman anda ini adalah blog sya yg ke-2. Sya minta maaf kepada yang sudi meluangkan masa membaca blog sya dan sya telah menbecewakan anda dengan tiada cite baru dikongsikan. Ini adalah kerana sya tidak dapat membuka blog sya. Dengan ini sya ambil inisiatif untuk membuat blog baru. Sya harap anda dapat meluangkan masa untuk membaca dan berkongsi cite, penglaman dan apa jua bersama sya.

Sebenarnya banyak yang sya nak kongsikan bersama anda tapi rasanya dah Basi tapi terpulanglh pda sya kan, ini kan blog sya. 

Sekarang sya rasa happyyyyyyyy........sangat sebab dah boleh berblog semula. Dalam bloglah boleh diluahkan suka dan duka berbanding dengn FB. FB terlalu terbuka, BLOG ni privacy sikit. Selain itu, di blog ni macam2 dikongsi, ada kongsi resepi, pengalaman pahit dan manis, jual baju dan pelbagai lagi. Bagus kan! Sebab itu jugaklah aku tertarik untuk berblog. Besar pengaruh blog ni kan!. Sya rasa anda juga macam sya. Ok, kita jumpa di next post yer. Bye.....wassalam.